Monday, May 17, 2010

Ahli-ahli


Good luck utk exam yang akan tiba.
korang boleh punya.
Chaiyokkkk !

Sunday, May 16, 2010

Sajak guru oh guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

p/s: Selamat hari guru kepada seluruh guru² di Malaysia, especially kepada lecturer² I4P.

dan kepada bakal² guru yang akan bergelar guru, selamat hari guru. Semoga usaha kita dalam mendidik anak bangsa akan berhasil. :)

Tuesday, May 11, 2010

Kebaikan Peperiksaan





1) Oleh kerana sekarang tengah musim peperiksaan, maka dengan ini, aku pun akan upload benda2 yang berkaitan dengan peperiksaan sahaja.

2) Kenapa ada orang jadi stress bila menjelangnya peperiksaan?

Tuesday, May 4, 2010

Time is running out

Masa memang pantas berlalu. Cuba korang bayangkan, aku rasa macam semalam je nak mulakan semester 2 ini, tapi sekarang, dah nak ke penghujung nya da. Cepat kan?

Sekarang pun dah masuk bulan 5, lepas tuh bulan 6 dan seterusnya. Lepas tuh akhir tahun, sangat cepat. Umur pun bertambah tambah dah. dan, exam pun semakin hampir. Korang dah bersedia ke wey?

Dengan nak pergi camping Teluk Batik lagi, nak speaking test for Muet lagi, banyak tuh. Aku harap korang bersedia okey. Btw, jadual peperiksaan dah keluar kalau tak silap aku. Korang try lah search and kalau dah tahu, jangan lupa kongsikan di sini wey.

Apa pun, good luck utk semua yang korang lakukan.