Tuesday, January 26, 2010

Ada akal, lu fikir sendiri lah :)

Baca tajuk di atas dengan nada yang lembut. Kalau tak lembut jugak, ulang 3 kali.

27-11-2009
Aidil adha berlaku pada hari jumaat

18-12-2009
Tahun baru hijriah pada hari jumaat

25-12-2009
Hari natal jatuh pada hari jumaat

1-1-2010
Tahun baru jatuh pada hari jumaat

15-1-2010
Gerhana matahari berlaku pada hari jumaat

26-2-2010
Maulud nabi Muhammad jatuh pada hari jumaat

2-4-2010
Matinya yesus kristus pada hari jumaat

28-6-2010
Hari wesak pada hari jumaat

27-8-2010
Nuzul quran jatuh pada hari Jumaat

10-9-2010
Hari raya aidilfitri pada hari Jumaat

5-11-2010
Deepavali berlaku pada hari Jumaat

p/s: Ambil perhatian pada perkara² sebegini. Jangan anggap ia perkara mustahil. Kita harus ingat-mengingati pada yang lupa. Bertaubat lah selagi belum terlambat. Pintu taubat sentiasa terbuka. Sesungguhnya Allah yang berkuasa di atas muka bumi ini.

Kepada yang lalai atau leka dengan hal duniawi, lebih baik anda check balik amalan anda. Yang mana bekalan belum cukup, cepat² lah isi dan penuhkan. Sebelum terlambat. Ini bukan nak menakutkan atau apa. Just nak kongsi sahaja.

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Saturday, January 16, 2010

Usrah - #2

Wanita itu ibarat buah epal.

Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah.

Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai.

Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?

Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah Allahﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu,
mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah.

Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..


Notakaki: Tak perlu risau kalau tak couple. Still boleh hidup lagi, kan? :)

Tuesday, January 12, 2010

perigi VS timba

korang mst taw..kalo denga je perigi,owg taw uh pompuan.kalo timba,tu lelaki.walaupon mcm2 lgi label mnusia kasi ni,tp bg ak,lantak lah,jnji x lbel yg plek2,,jauh skali mmbwa mkna burok..
ok.ni cite bes.
persoalan ni timbul kt otak ak.hari ni.perigi cari timba.ataupun kalu bhasa x belit2 nyer pompuan cari laki.kalo dulu owg mst gelak kalu bab2 hati ni,pompuan luah dulu kat laki.tp skrang,caye ke x,dh jadi cam trend ak tgok.pompuan luah perasaan kt laki.bia la nk terperasan ke x.bg aku,pompuan cmni mmg berani.sumpah ak x ade kbranian cm tu.( kalau lah ade).nk lgi seng,ak ni mybe jenis yang pendam.org ckp kalo dh suke uh jgn pendam2,,tp kalo ak,bia la pendam,( syok what)..
korang penah ke rase bila jalan tepi mamat korg admire(konon) tbe2 korg rse nk tegur die? penah x bla si dia sembg ngn minah lain,korang rase jeles teramat sgt? penah x kalu die wat lwak,korang wat2 x gelak..tp lam ati,,Tuhan je taw betapa sweet nyer lawak die..hahaha
ok,ak bkan sangap k,cme syok.haha

berbalik pda cite timba n perigi.ak bkak metro ari uh..ade tulis sal ni.minat ak.rmai ckap..ala,lpak suda la.g kt mamat uh,ckap ak ske ko.kosong x? haha..ngat senang ke?? ak admit.payah wei.so.......perigi oh perigi,,kita kne tbah..yela kan..



timba2 sekalian,jual la murah skit,korg ngat seng ke gurlz nk approach laki?
btol x cgo lan? hahaha


pape pon,,ni pendapt smue..ak kurenk..hehe

Saturday, January 9, 2010

Monolog Hari Ini

Dalam sebuah cerita akan ada pengakhirannya.

Tidak kiralah sama ada cerita itu sedih, gembira, menakutkan atau segala macam.

Ia juga ada pengakhiran.

Seperti kehidupan ini, kan?

Wednesday, January 6, 2010

Rona Roni Kehidupan....

Rasanya dah 4 hari lebih kita dekat sini.Kat mana lagi kalu bukan i4p.Hahaha..lama tak jumpa rasanya suma da totally changed.Especially rambut budak laki klas aku..makin handsomekah mereka???..aku x mampu nak menjawab soalan itu.Tepuk dada tanya hati la babe.Tapi sekurang-kurangnya sedap mata memandang.hehehe...
Best la hari ney,,enjoy..especially tyme encik sawpi..tak ngantuk pun..hopefully banyak lagi la aktiviti cam hari ney..
Masuk je maktab aku terus stress..elaun x de wei...mati katak aku nanti..Dengar kata elaun akan dikurangkan kos kerajaan mang x de peruntukan dalam bidang pendidikan.Aduh!!!!!asal la tyme aku suma jadi cam ney.hopefully elaun x kena tarik balik..kalu x,,penat je aku keluar dari matrik..
hahahaha...
Bermula hari Isnin yang lalu,Is ngan Ema telah diberi tanggungjawab dan amanah oleh aku dan kengkawan untuk mentadbir kelas..bolehkah mereka????..we'll wait and see..tapi apa yang penting Cik Lan mang stylo..hahahaha



p/s: wei..murni pesan duet kelas kena bayar....kalu x senarai nama akan ditampal di kafe mami..arahan ema...

--abg G--

msih x trlalu lmbt nk review bout fis day jejak ujung jari kt pagar ram***....smpai je tross cek inn ( hotel 5 bntang)...dsbbkan byk sgt mkn semot mse cuti,,ak tross lupe kt mne ltknyer bilik baru ak,,so ak tawaf jelah 1 floor,,pas ltak beg,,lpak tas ktil..ak mmg tadak mud nk kems awai..dh la ak sorang je yg smpai awai kt area bilik bru uh..terkezoott mle2..ghupe2nye bilik bru uh btoi2 depn blik lme(hampeh)..

" bek tak yah tukaq blik "

tp syukur still syukur..btter lah dri ak kne dok bilik warden( muahahaha)..ak jpe rmai pghuni2 bru ram***...ade dak math,,pm,,pling x bole blah ak dkelilingi dak2 PA...x pe t kte tgok se PA mne ak,,hihi..
pkir pnyer pkir,,nk gak aku usha suasana kt luar tgkap blik,,time uh siyess lupe ak kt sne..dgn hrapan nk hirop udara segar so ak pon slmber jela bkak tgkap..tada!!
ak npak blok gajus la plak,,cehh!! rupe2 nyer ak brtentgan ngn blok uh,,pling myakitkn mata ak x bley nk bkak tgkap dah,,waaa,,oh fresh air,,im gonna misz u la,,(sabar2)

ak bkan pe,,mlas tol,,bkak "skit" tgkap npak abg gajus..abg G..so ak decide nk bli mgga bru,,psg kt tgkap(nk tutop slmenyer)...at least sjuk ati tgok brknci dari x knci tp x bley bkak..waaaa~~




moral of da stori : HARGAILAH TINGKAP ANDA

^-^ komen k!

Tuesday, January 5, 2010

Welcome 2010 bubbye 2009

Ya, tahun baru. Sekarang kita sudah pun memasuki tahun baru. Kalendar baru, semester baru, awek baru, tajuk baru, dan segala macam yang baru lagi. Yang lama itu, korang boleh campak jauh2. Contoh macam kalendar 2009, korang dah boleh buang dalam tong sampah.

Untuk tahun baru ini, setiap orang ada matlamat dan juga azam masing2. Itu pendirian masing2 lah. Apa pun matlamat dan juga azam korang, biarlah ada perubahan dalam diri. Tahun baru ini, boleh dikatakan suatu permulaan yang baik untuk kehidupan yang baru. Ya, berubah untuk yang lebih baik. Bukan maksud aku nak cakap korang tidak baik. Bukan. Bukan. Maksud aku, ada lebih sikit. Kalau tahun yang sebelum ini, korang punya sifat yang baik, untuk tahun ini, lebih-kan sedikit kebaikan itu.

Segala macam pahit mahupun manis yang berlaku pada tahun 2009, dapat dijadikan iktibar untuk kita menjadi lebih matang. Tidak kiralah sama ada duka, gembira, sedih, sakit hati, kena perli, kena marah, kena buli, kena sepak terajang semua lah. Ini semua adalah pengalaman hidup. Bukan semua orang dapat rasa pengalaman hidup ini.

Apapun yang korang lakukan untuk tahun 2010, semoga korang berjaya. Good luck untuk tahun baru ini.

Selamat tahun baru !