Sunday, March 28, 2010

Soalan cepumas

Jika yang disayangi cik abang dondang bertanya soalan berikut...
"Sayang, i nampak makin gemuk tak?"

JENG! JENG! JENG!

Apa yang patut si cik abang dondang tu jawab?

A. Mana ada. You nampak awesome!
B. You nampak sama je. Takde beza.
C. A lil' bit. You kena exercise sikit.
D. Entah. Tak berapa perasan sangat.

Berikut adalah beberapa siri adegan yang mungkin berlaku jika salah satu jawapan di atas diberikan oleh cik abang dondang:

Jika pilihannya A (Okey, jawapan ini biasa diberikan oleh lelaki bermulut manis.) Respons yang bakal diperolehi.
"Ye ke? You saja je nak ambik hati i, kan? I dah naik LIMA kilo tau! Tak perasan ke?!"

Bagaimana jika B (Ini pula mungkin jawapan versi lelaki yang memang tak suka cari gaduh.) Mungkin ini tindakbalasnya,
"I dah naik LIMA kilo pun you tak perasan. Dulu, i naik jerawat sebijik you dah perasan! Now, you cakap takde beza?"

Jika C (Jawapan mencari nahas ini biasa diberikan oleh lelaki yang lurus bendul macam kayu dan terlebih jujur) Ini pula bahana akibat jawapan tersebut.
"Ooo... dulu masa i cantik you bagai nak rak kejar. Now, i dah tambah berat badan you pandai pula nak komplen! Lelaki, macam nilah! Sama je semua!"

Dan jika jawapan si cik abang dondang itu D (jawapan yang biasa diberikan oleh lelaki 'sejati'.) Entah?!
"you ni tak sensitif langsung la!"

Jadi, jawapan yang mana perlu si makhluk berhalkum perlu berikan kepada kamu?

Soal berat atau ringan itu sangat subjektif. Tapi soal hati ianya sangat terang. Terang kalau dilihat dengan mata hati bukan dengan mata cemburu semata.

Sayang itu tiada alasan. Tiada logik yang perlu disenarai panjangkan kalau si polan tu sayang. Apatah lagi jika cubaan merujuk kepada persamaan kuadratik ataupun pengamiran secara berkala. Kita akan gagal dengan cemerlang sekali. Macam Manchester United kalah dengan Barcelona. Metaforanya mungkin sama begitu.

Kebanyakan lelaki hanya akan ambil kisah dengan keterampilan dirinya bila berada di kalangan orang asing atau berada di depan si Hawa yang mahu dimilikinya. Kenapa? Sebab bila lelaki rasa dia cukup selesa dan berada dalam zon 'in control' dengan pasangannya, dia tidak akan ambil kisah sangat dengan apa yang tersarung di badannya. Bukan bermaksud lelaki berubah (dari segi penampilan bila bersama dengan yang tersayang) tetapi ianya membawa maksud lelaki itu sudah selesa dengan perempuan tersebut sehinggakan dia tidak perlu risau atau gundah gulana tentang apa dikenakan dibadannya.

Apa-apa pun, perempuan sukakan kejujuran okey. Nak bagi jawapan pun, kena lah dalam situasi yang elok. Tak gitu?

p/s - perempuan dan berat badan ni, dia macam benda yang tak boleh kau nak buat main-main. macam mana sadis pun ayat kau, kau kena pandai-pandai cover supaya tak tersinggung hati perempuan ini.

p/s/s: Kuiz ini aku cilok dekat blogger sorang ni. Thanks dekat dia. Huh~

Saturday, March 27, 2010

Pemikiran orang cetek

Manusia ada macam-macam perangai. Perangai yang baik gila, sampai pijak semut pun tak mati, perangai yang busuk hati sangat sangat, perangai tak boleh bla lah kira,dan perangai macam taik pun ada.

Untuk berdepan dengan orang-orang macam ini, kita memang tak boleh nak lawan balik. Sebab, orang yang cetek dari segi pemikiran, tak akan mengaku salah.. Setuju?

Tak payah nak buang air liur, nak buang suara, untuk orang-orang macam ini.

Secara tak sedar, orang-orang macam ini ada dekat sekeliling kita. Tak kiralah sama ada kau sedar atau tidak, tapi memang ada.

Jenis perangai, orang lain yang buat kerja, orang lain yang nak dapat nama. Eh, please lah. Maluuuu lah sikit. Nak hasil kerja orang lain. Masalah sekarang, orang lain dah tahu, kerja tuh bukan kau yang buat. Lepas itu, kau mengaku kerja itu hasil keringat kau. Blaaa lah.

Penipu gilaaa.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.

entah apa-apa perangai..

Aurat

Tajuk entri hari ini aku nak sentuh pasal aurat. Benda ini sensitif sebenarnya. Tapi, aku tak nak mengeruhkan keadaan bagi sesiapa yang masih tak berapa nak faham atau tak berapa nak amik port pasal aurat ni.

Aku tak condem siapa-siapa eh. Just pendapat aku saja. Sebarang kesilapan fakta, aku harap ada lah orang yang sudi nak betul kan.

Baru-baru ini aku ada baca blog Wardina Safiyyah pasal dia kena interview dengan TV3. Rancangan Al-Kulliyah kalau tak silap aku. Tajuk untuk minggu tersebut ialah "berhias". Seperti biasa, berhias ini amat sinonim dengan wanita. Tapi, berhias pun kena berpada-pada. Sebab, berhias untuk kecantikan, sangat sangat tak digalakkan dalam Islam kerana menarik perhatian lelaki.

Untuk interview tersebut, ada sentuh pasal aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jari kaki pun kena tutup. Untuk itu, Wardina tak berapa setuju. Bukan tak setuju, beliau berpendapat bahawa, untuk menjaga keseluruhan aurat, seseorang wanita tersebut hendaklah terlebih dahulu menutup kepala-nya.

Ayat beliau, "ini, masalah sekarang, kita nak pastikan tutup dulu yang atas kepala...kita nak galakkan wanita muslim bangga dengan imej muslimah..bukannya menakutkan mereka... ADUHAIIIIIIII!!!!!!!!kenapa tak boleh positf sikit? macamna umat islam nak berdepan dan berdiri di pentas antarabangsa, berjumpa , berdebat dan melakukan kebaikan bersama mat salleh dan mereka yang bukan islam sekiranya kita masih berfikiran sebegini????".

Satu ayat yang tak boleh nak disangkal oleh ustaz tersebut ialah, "Aurat? cakap pasal aurat WANITAAAAAAAA JEEEEEE..... kenapa uztaz tak highlight...ayat 30 surah AnNur mengenai aurat itu diturunkan UNTUK KAUM LELAKI DAHULU! "Lelaki tundukkan pandangan!!!!!" bukan wanita first...LELAKI FIRST!!!!!!!".
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadi, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..

Terkilan


Myspace Lover Letter

Thursday, March 18, 2010

Gua cuti ni goyang kaki je..

Cuti semester ni, gua lebih banyak buat aktiviti dalam rumah saja. Gua malas nak keluar² sekarang ni. Buat habis duit je. Gua ni, mana layan shopping² ni. Lagipun, ekonomi negara sekarang tak berapa nak stabil, jadi gua ingat nak buat budget tahunan lah. Nanti susah gua bila dah bersuami nanti.

eh, lu orang buat apa cuti² ni haa? share lah sama gua. Gua buntu kott. Tak ada kambing nak kejar. Tak ada sawah nak main². Lu orang gua agak, mesti syok bercucuk tanam tuh kan. Pehh.

Apapun, selamat bercuti gua ucapkan. eh, lu orang jangan lupa buat assignment okey.. :)



Notakaki: sekarang ni, gua nak guna ayat gua. Dah tak nak dah pakai 'aku-aku' itu. Tak cool. Amacam?

Wednesday, March 17, 2010

Header

Siapa yang lapang, angkat tangan tinggi² eh.

Okey, aku dah nampak tuh. Ni ada kerja sikit untuk korang.

Siapa yang reti edit gambar dan reti snap picture yang cun-melecun punya?

Siapa siapa? Cepat habaq.

Aku nak korang edit bagi sume budak kelas ada dalam gambar tuh. Tak kira lah bila pun.
Asalkan korang free. Tolong eh. Tolong lah. Tekan-kan perkataan tolong itu.

Dalam gambar tuh, aku nak sume budak pose gaya masing². Ada yang mata terjuling ke, lantak lah. Asalkan sume budak ada. Okey?

Ni, bila boleh siap ni? Haishh.

Kena ketuk baru kerja jalan. Apa barang.

Bila dah siap, upload then letak LARGE okey.

Header yang anak itik tuh aku dah delete. Apa barang anak itik. Sekor pulak tuh. Tak art langsung.

Okey, good luck :)

Tak payah nak jealous




Friday, March 5, 2010

Assalamualaikum...

1st thing i wanna say hre is, im grteful n thanks 2 ALLAH AZZAWAJALLA 4 gving us de opprtnty 2 stay alive till dis day...
d issue dat i wanna highlite here is religous thing..some may do not like 2 here it but when it is about ISLAM,there s no toleration..wat i wanna focus here is "SEMBAHYANGLAH KAMU DIBELAKANG IMAM SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DIDEPAN IMAM"..
i wan 2 realise each of us 2 perform solah congregationally..
in Islam,congregational solah is MUST ONTO EACH OF US...
dats all 4 dis time...

Thursday, March 4, 2010

cantiknya mata itu!!!

Mata...mesti korang tertanya-tanya kenapa isu mata aku bangkitkan.Bukan apa,orang kata matalah yang menjadikan sesuatu benda itu daripada sederhana menjadi cantik.Pernah tak korang tengok seorang minah tue..cantik..tapi bila korang tanya kawan2 diaorang jawab.."cantik lagi awek aku"..Padahal korang x sedar yang mata korang tue memang dah disetkan untuk nampak benda tue cantik... Kadang2 bukan kecantikan seseorang itu yang dapat memikat kita tapi keperibadian dia sedikit sebanyak membuka mata kita untuk 'memandangnya'..kalau korang merasakan yang awek or pak we korang kekurangan sesuatu..Ingatlah yang dia sebenarnya hadir untuk melengkapi ketidaksempurnaan korang..Apa2 pun,,hatilah yang memainkan peranan.

*Hargailah apa yang ada didepan mata korang sekarang...tepuk dada tanya hati...

Monday, March 1, 2010

Bahang matahari

Sekarang memang tengah musim panas. Panas ni, bukan panas yang boleh buat main².
Panas ni, boleh buat orang menggelegak.

Nak keluar sekejap tuh pun, berat je. Sebab panas gila. Tekak ni, asyik nak pekena ais je. Dapat yang air tembikai sedap jugak. Tak pun, jus lobak merah. Perghh, dia punya sedap, aku tak tahu nak describe macam mana. Nak rasa? Pergi lah beli sendiri.

Hujan pulak tuh jarang² nak turun. Degil betul hujan ni kan. Katak oi, tolong lah panggil hujan. Otak ni rasa nak menggelegak je kalau keluar tuh. Mana tak-nya, panas ni boleh buat orang tak senang duduk tau.




Motif sebenar, nak jus lobak merah. Huh~