Wednesday, May 18, 2011

Last sem

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Blog ini dah lama dibiarkan tak ber-update

Mungkin masing-masing busy dengan tugasan dan juga segala jenis kerja masing-masing

Jadi mungkin semester depan, blog ini akan diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi di dalam kelas.

(Peh, bunyi macam exco JPP je kan) Kekekeke :P

Di kesempatan ini, saya selaku wakil T1PS IPG Kampus Pulau Pinang ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan sekalian dan diharapkan semuanya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Dan

Tidak terlambat lagi bagi saya untuk mengucapkan selamat hari Guru kepada Semua bakal-bakal guru di seluruh Malaysia.

:)


Sunday, November 28, 2010

Happy Holiday everybody

Assalammualaikum.

Macam mana dengan cuti anda?

Sudah 2 minggu kita bercuti, apa yang anda lakukan dengan cuti ni? Oh, rindu maktab? haha. Rilex dulu. masa ada lebih kurang sebulan je lagi yang tinggal.

Habiskan masa dengan family dulu okey, yang perempuan, mungkin masa cuti ni, boleh belajar memasak, menjahit atau menternak lemak? Errrk...

Yang last tuh tak payah amik port. Heheeee

Yang lelaki, ada yang nak tambah duit lebih dengan kerja part time, hoh, bagus. Ini mesti nak tambah duit buat belanja kahwin eh? hahahahaha.

Jadi, aku nak ucapkan selamat bercuti, blog ni makin berhabuk. Aku terbatuk-batuk masa sedang taip blog ini. Errk, ada siapa-siapa yang sudi nak bantu tolong update kan?

Maal Hijrah pun semakin hampir. Apa azam anda semua? Semoga lebih matang dan memupuk sikap jati diri seorang guru dalam diri eh kawan-kawan sekalian. Love y`all. Hehehee

:)

Sunday, October 31, 2010

Exam

Kepada semua pelajar, bukan sahaja pelajar-pelajar maktab, bahkan pelajar dari universiti pon, selamat menduduki peperiksaan untuk akhir semester ini. Good luck and all the best... Semoga cemerlang with flying colours.

Berusahalah selagi termampu...
Ini semester terakhir foundation. Next year dah masuk degree dah. Hoho.

Jika ada tersalah silap sepanjang menulis blog ni, ampunkan hamba. sesungguhnya hamba adalah insan yang lemah dan sentiasa membuat kesilapan...

Jumpa kamu semua tahun depan. Ouh, blog ini akan di-update dari semasa ke semasa. Kami takkan biarkan ia kosong berhabuk. Nantikan entry kami yang lain..

Akhir kata, good luck semua... :)

Saturday, August 28, 2010

Cinta Abadi

Cerita ini aku ambil dari fb kawan aku. Saja nak share dengan korang semua. Baca lah eh :)


Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....


Wednesday, August 11, 2010

Happy Ramadan Al mubarak to everyone


happy ramadhan people !


May this ramadhan will be blessed by Allah swt, insyaAllah.


Carilah sebanyak pahala di bulan yang mulia ini..








omaigod, homesick tiba- tiba ni.

:'(


Thursday, July 29, 2010

Kerja kerja dan kerja

Aku akan list kan segala jenis kerja, assignment, presentation yang hangpa kena buat eh.

Assignment Pendidikan dah settle.

Presentation Pendidikan jangan lupa untuk kumpulan yang belum bentang lagi.

Assignment Bahasa Inggeris *20 August.

Assignment Bahasa Melayu *1 September.

Presentation kecerdasan emosi, setiap kumpulan yang belum lagi bentang.

Assignment Kecerdasan emosi sila hantar pada 17 September.

Kerja-kerja Dr Fadzil, sila kemaskini okey.

Assignment Bola Jaring *untuk perempuan sahaja. (pembentangan termasuk sekali ).

***

Setakat ini sahaja. Ada lagi banyak yang akan menyusul. Buat jangan tak buat. okey, selamat berhujung minggu. :)

Tuesday, July 27, 2010

Program kesedaran alam

Tempat: Pantai Karachut, Pulau Pinang

Tarikh: 23-24 Julai 2010

Bilangan pelajar: 17 orang

Guru Pembimbing: Cikgu Roslan Saadon

Coordinator: 4 orang

Refleksi: Menarik, dapat merapatkan hubungan bersama-sama rakan sekelas, dapat bertukar-tukar pendapat dan dapat banyak knowledge. Hiking paling best, sebab dapat tengok ramai yang sudi tolong-menolong jika ada kawan-kawan yang keletihan. Masa hiking jugak, dapat lihat ada orang yang menggigil tak tentu pasal. First time hiking kot. haha. Apa pon, semua enjoy. Paling tak boleh blaaa, banyak gigitan nyamuk. Gemuklah nyamuk itu lepas ini.

Ada pulak kes kepala berasap masa tengah hiking. Perghhh. Jalan di hutan memang licin sebab baru lepas hujan. Ada seorang yang jatuh. Tapi tak teruk sangat. Sikap kerjasama paling penting untuk program ini. Main bola tampar pantai memang best, aktiviti2 yang disedikan sangat menyeronokkan. Happy sentiasa. Semasa hiking, banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh dikaji.

Apa pon, enjoy lah tengok gambar kami semua ini okey. Peace no war !
























Sunday, July 18, 2010

New Semester

okey, sudah lama blog ini tidak diupdate.

Sempena bermulanya semester baru ini, iaitu semester yang terakhir untuk program persediaan, macam2 aktiviti yang ada. Baru2 ini ada program PNB (permodalan nasional berhad). Banyak input yang diperolehi untuk cara2 bagaimana menguruskan kewangan. Amat sesuai bagi peringkat kami mendengarnya.

Selain itu, untuk ahli2 ks yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, tahniah. Yang result cukup2 makan, takpe, boleh cuba lagi di lain kali. Untuk pelajar yang berjaya mendapat band 3 untuk Muet, tahniah. Untuk yang kena repeat lagi, boleh cuba lagi. Jangan main2 okey.

Untuk semester baru ini, eloklah sekiranya kita memulakan azam yang baru. Yang mana azam yang lepas, ada malas sikit2 ke, eloklah sekiranya azam tahun ini dipertingkatkan lagi.

Sentiasalah pegang kata2 semangat ini "You never fail until you stop trying". okey, good luck semua !

chow cincau ! :)

Wednesday, June 2, 2010

Happy Bufday -Md Farisan Aziz-



Selamat Hari Jadi kepada Md Farisan Aziz
Semoga panjang umur, dipermudahkan rezeki dan ceria sentiasa.
Semoga apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan dan berjaya di dunia dan akhirat.
Happy² sentiasa dan cool dude. :P

Pameran Jelajah Kreatif -Part 1-


Kelas kami diberi tanggungjawab untuk menguruskan pameran yang berlangsung selama 2hari. Segala maklumat adalah seperti yang tertera seperti gambar di atas. Pameran tersebut adalah buat julung-julung kali pertama bagi kami untuk menguruskannya. Walaupun mengalami sedikit kelam-kabut, tapi kami berjaya menguruskannya dengan jayanya. Tahniah untuk ahli-ahli 2Kajian Sosial. :)

Pameran ini diadakan untuk mengisi masa lapang selepas peperiksaan tamat dan sekaligus memberi ruang untuk bakal-bakal graduan IPG untuk melihat pameran yang dijalankan ini. Konvokesyen maktab akan diadakan pada esok hari iaitu bersamaan dengan 3Jun. Justeru itu, pameran ini adalah untuk mempromosikan bakal-bakal graduan dan melihat hasil kerja pelajar-pelajar.





Ouh ya, banyak lagi aku nak upload, tapi malas. Lain kali lah eh. Untuk entri kali ini, ada part.
Tunggu part yang kedua nanti.

Okeyyy, selamat bercuti.

Monday, May 17, 2010

Ahli-ahli


Good luck utk exam yang akan tiba.
korang boleh punya.
Chaiyokkkk !

Sunday, May 16, 2010

Sajak guru oh guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

p/s: Selamat hari guru kepada seluruh guru² di Malaysia, especially kepada lecturer² I4P.

dan kepada bakal² guru yang akan bergelar guru, selamat hari guru. Semoga usaha kita dalam mendidik anak bangsa akan berhasil. :)

Tuesday, May 11, 2010

Kebaikan Peperiksaan





1) Oleh kerana sekarang tengah musim peperiksaan, maka dengan ini, aku pun akan upload benda2 yang berkaitan dengan peperiksaan sahaja.

2) Kenapa ada orang jadi stress bila menjelangnya peperiksaan?

Tuesday, May 4, 2010

Time is running out

Masa memang pantas berlalu. Cuba korang bayangkan, aku rasa macam semalam je nak mulakan semester 2 ini, tapi sekarang, dah nak ke penghujung nya da. Cepat kan?

Sekarang pun dah masuk bulan 5, lepas tuh bulan 6 dan seterusnya. Lepas tuh akhir tahun, sangat cepat. Umur pun bertambah tambah dah. dan, exam pun semakin hampir. Korang dah bersedia ke wey?

Dengan nak pergi camping Teluk Batik lagi, nak speaking test for Muet lagi, banyak tuh. Aku harap korang bersedia okey. Btw, jadual peperiksaan dah keluar kalau tak silap aku. Korang try lah search and kalau dah tahu, jangan lupa kongsikan di sini wey.

Apa pun, good luck utk semua yang korang lakukan.

Thursday, April 22, 2010

Muet Test

Good luck untuk semua budak budak 2KS yang akan meenduduki kertas Muet pada sabtu ini. Wish you all good luck.

Selepas habis kertas Muet, boleh lah kita ramai-ramai pergi shopping dekat Bukit Jambul eh. Saya nak tengok movie 'When in Rome'.

Ingat, lepas habis paper Muet, okeyy, sekarang mari kita fokus dan fokus.

Good luck !

Friday, April 16, 2010

Kisah yang tak berapa nak penting

Blog ini dah lama bersawang sebab semua budak² ini busy sangat. Mana taknya, assignment bertimbun-timbun. Sekali datang, fulamak, banyak sangat. Sekarang ini alhamdulillah dah kurang sikit.

Next week semua budak² ks akan mengambil ujian Muet. Good luck okey. Tibai sajalah. Pasal kes ke Teluk Batik itu, kita kena tundakan giliran kita. Apa yang kamu semua sedia maklum, hari test muet kita itu clash dengan hari yang kita nak ke Teluk Batik. Jadi, kita akan pergi dengan group terakhir, iaitu group dengan budak² tesl.

Apapun, good luck sekali lagi dan cuba buat yang terbaik okeyy. Aku sayang kamu semua macam aku sayang kan Rain. Okey, mungkin sedikit kurang.

Akhir kata, take care dan selamat hari-hari.

Tuesday, April 6, 2010

Balik Pulau









Banyak lagi gambar aku nak letak sebenarnya. Tapi takut ada yang termuntah pulak bila tengok gambar banyak² nanti. Jadi, ini saja yang dapat aku upload.

Gambar selebihnya, aku ada letak dekat fb aku. Sila lah tengok eh. :)

Ini semua masa picnic dekat Balik Pulau tempoh hari.

Pengalaman: priceless

Terbaikkkkkkkkk.. Tak dapat nak describe dengan kata²

Nanti nak pergi lagi. Thanks dekat semua orang yang bagi kerjasama.

Terutama sekali dekat mentor kami. Cikgu Roslan Saadon. (:

Sunday, March 28, 2010

Soalan cepumas

Jika yang disayangi cik abang dondang bertanya soalan berikut...
"Sayang, i nampak makin gemuk tak?"

JENG! JENG! JENG!

Apa yang patut si cik abang dondang tu jawab?

A. Mana ada. You nampak awesome!
B. You nampak sama je. Takde beza.
C. A lil' bit. You kena exercise sikit.
D. Entah. Tak berapa perasan sangat.

Berikut adalah beberapa siri adegan yang mungkin berlaku jika salah satu jawapan di atas diberikan oleh cik abang dondang:

Jika pilihannya A (Okey, jawapan ini biasa diberikan oleh lelaki bermulut manis.) Respons yang bakal diperolehi.
"Ye ke? You saja je nak ambik hati i, kan? I dah naik LIMA kilo tau! Tak perasan ke?!"

Bagaimana jika B (Ini pula mungkin jawapan versi lelaki yang memang tak suka cari gaduh.) Mungkin ini tindakbalasnya,
"I dah naik LIMA kilo pun you tak perasan. Dulu, i naik jerawat sebijik you dah perasan! Now, you cakap takde beza?"

Jika C (Jawapan mencari nahas ini biasa diberikan oleh lelaki yang lurus bendul macam kayu dan terlebih jujur) Ini pula bahana akibat jawapan tersebut.
"Ooo... dulu masa i cantik you bagai nak rak kejar. Now, i dah tambah berat badan you pandai pula nak komplen! Lelaki, macam nilah! Sama je semua!"

Dan jika jawapan si cik abang dondang itu D (jawapan yang biasa diberikan oleh lelaki 'sejati'.) Entah?!
"you ni tak sensitif langsung la!"

Jadi, jawapan yang mana perlu si makhluk berhalkum perlu berikan kepada kamu?

Soal berat atau ringan itu sangat subjektif. Tapi soal hati ianya sangat terang. Terang kalau dilihat dengan mata hati bukan dengan mata cemburu semata.

Sayang itu tiada alasan. Tiada logik yang perlu disenarai panjangkan kalau si polan tu sayang. Apatah lagi jika cubaan merujuk kepada persamaan kuadratik ataupun pengamiran secara berkala. Kita akan gagal dengan cemerlang sekali. Macam Manchester United kalah dengan Barcelona. Metaforanya mungkin sama begitu.

Kebanyakan lelaki hanya akan ambil kisah dengan keterampilan dirinya bila berada di kalangan orang asing atau berada di depan si Hawa yang mahu dimilikinya. Kenapa? Sebab bila lelaki rasa dia cukup selesa dan berada dalam zon 'in control' dengan pasangannya, dia tidak akan ambil kisah sangat dengan apa yang tersarung di badannya. Bukan bermaksud lelaki berubah (dari segi penampilan bila bersama dengan yang tersayang) tetapi ianya membawa maksud lelaki itu sudah selesa dengan perempuan tersebut sehinggakan dia tidak perlu risau atau gundah gulana tentang apa dikenakan dibadannya.

Apa-apa pun, perempuan sukakan kejujuran okey. Nak bagi jawapan pun, kena lah dalam situasi yang elok. Tak gitu?

p/s - perempuan dan berat badan ni, dia macam benda yang tak boleh kau nak buat main-main. macam mana sadis pun ayat kau, kau kena pandai-pandai cover supaya tak tersinggung hati perempuan ini.

p/s/s: Kuiz ini aku cilok dekat blogger sorang ni. Thanks dekat dia. Huh~

Saturday, March 27, 2010

Pemikiran orang cetek

Manusia ada macam-macam perangai. Perangai yang baik gila, sampai pijak semut pun tak mati, perangai yang busuk hati sangat sangat, perangai tak boleh bla lah kira,dan perangai macam taik pun ada.

Untuk berdepan dengan orang-orang macam ini, kita memang tak boleh nak lawan balik. Sebab, orang yang cetek dari segi pemikiran, tak akan mengaku salah.. Setuju?

Tak payah nak buang air liur, nak buang suara, untuk orang-orang macam ini.

Secara tak sedar, orang-orang macam ini ada dekat sekeliling kita. Tak kiralah sama ada kau sedar atau tidak, tapi memang ada.

Jenis perangai, orang lain yang buat kerja, orang lain yang nak dapat nama. Eh, please lah. Maluuuu lah sikit. Nak hasil kerja orang lain. Masalah sekarang, orang lain dah tahu, kerja tuh bukan kau yang buat. Lepas itu, kau mengaku kerja itu hasil keringat kau. Blaaa lah.

Penipu gilaaa.

Lembu punya susu, sapi dapat nama.

entah apa-apa perangai..

Aurat

Tajuk entri hari ini aku nak sentuh pasal aurat. Benda ini sensitif sebenarnya. Tapi, aku tak nak mengeruhkan keadaan bagi sesiapa yang masih tak berapa nak faham atau tak berapa nak amik port pasal aurat ni.

Aku tak condem siapa-siapa eh. Just pendapat aku saja. Sebarang kesilapan fakta, aku harap ada lah orang yang sudi nak betul kan.

Baru-baru ini aku ada baca blog Wardina Safiyyah pasal dia kena interview dengan TV3. Rancangan Al-Kulliyah kalau tak silap aku. Tajuk untuk minggu tersebut ialah "berhias". Seperti biasa, berhias ini amat sinonim dengan wanita. Tapi, berhias pun kena berpada-pada. Sebab, berhias untuk kecantikan, sangat sangat tak digalakkan dalam Islam kerana menarik perhatian lelaki.

Untuk interview tersebut, ada sentuh pasal aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jari kaki pun kena tutup. Untuk itu, Wardina tak berapa setuju. Bukan tak setuju, beliau berpendapat bahawa, untuk menjaga keseluruhan aurat, seseorang wanita tersebut hendaklah terlebih dahulu menutup kepala-nya.

Ayat beliau, "ini, masalah sekarang, kita nak pastikan tutup dulu yang atas kepala...kita nak galakkan wanita muslim bangga dengan imej muslimah..bukannya menakutkan mereka... ADUHAIIIIIIII!!!!!!!!kenapa tak boleh positf sikit? macamna umat islam nak berdepan dan berdiri di pentas antarabangsa, berjumpa , berdebat dan melakukan kebaikan bersama mat salleh dan mereka yang bukan islam sekiranya kita masih berfikiran sebegini????".

Satu ayat yang tak boleh nak disangkal oleh ustaz tersebut ialah, "Aurat? cakap pasal aurat WANITAAAAAAAA JEEEEEE..... kenapa uztaz tak highlight...ayat 30 surah AnNur mengenai aurat itu diturunkan UNTUK KAUM LELAKI DAHULU! "Lelaki tundukkan pandangan!!!!!" bukan wanita first...LELAKI FIRST!!!!!!!".
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadi, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..