Wednesday, June 2, 2010

Happy Bufday -Md Farisan Aziz-



Selamat Hari Jadi kepada Md Farisan Aziz
Semoga panjang umur, dipermudahkan rezeki dan ceria sentiasa.
Semoga apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan dan berjaya di dunia dan akhirat.
Happy² sentiasa dan cool dude. :P

Pameran Jelajah Kreatif -Part 1-


Kelas kami diberi tanggungjawab untuk menguruskan pameran yang berlangsung selama 2hari. Segala maklumat adalah seperti yang tertera seperti gambar di atas. Pameran tersebut adalah buat julung-julung kali pertama bagi kami untuk menguruskannya. Walaupun mengalami sedikit kelam-kabut, tapi kami berjaya menguruskannya dengan jayanya. Tahniah untuk ahli-ahli 2Kajian Sosial. :)

Pameran ini diadakan untuk mengisi masa lapang selepas peperiksaan tamat dan sekaligus memberi ruang untuk bakal-bakal graduan IPG untuk melihat pameran yang dijalankan ini. Konvokesyen maktab akan diadakan pada esok hari iaitu bersamaan dengan 3Jun. Justeru itu, pameran ini adalah untuk mempromosikan bakal-bakal graduan dan melihat hasil kerja pelajar-pelajar.





Ouh ya, banyak lagi aku nak upload, tapi malas. Lain kali lah eh. Untuk entri kali ini, ada part.
Tunggu part yang kedua nanti.

Okeyyy, selamat bercuti.