Tuesday, December 29, 2009

Tragedi Disember

Okey, ini kisah benar, bukan rekaan semata-mata. Siapa yang baca surat akhbar, mesti tahu apa yang berlaku sepanjang bulan disember ini. Siapa yang tak baca itu, memang dia duduk dalam gua lah. Okey, entri kali ini, aku sengaja nak ulang balik apa yang berlaku sepanjang bulan disember ini.

Bukan apa, tahun baru pun nak hampir. Kalau nak suruh aku cerita balik apa yang berlaku sepanjang tahun 2009 ini, seminggu pun belum tentu habis lagi cerita aku itu.

Okey, okey aku start sekarang.

1) Korang ingat lagi tak pasal apa yang berlaku dekat KB Mall itu. Dekat KB Mall itu, kalau tak silap aku, 2 orang mati. Yang ini, memang tak pasal² lah. Budak itu, memang tak ada lesen pun. SPM pun tak habis lagi time itu. Masalah nya sekarang, dia yang tak ada lesen, orang lain pulak yang mati. Tak pasal² pulak. Kemalangan sekarang ini, jangan ingat boleh berlaku dekat jalan raya saja. Dalam shopping complex pun boleh berlaku. Macam dalam kes ini. Sila berhati-hati apabila keluar bershopping okey.

2) Kalau korang perasan, kejadian ini berlaku dekat Perlis. Yang pengantin 3 jam. Baca tajuk akhbar pun, dah pilu hati aku. Apatah lagi, nak baca isi-nya. Pasangan ini baru bernikah pada pukul 10 pagi, then pukul 1 tgh hari, si suami accident. Satu kereta mati. Memang sedih. Nikah hari Jumaat. Then, besok Sabtu dan Ahad nak bersanding. Majlis bersanding itu pulak bertukar menjadi majlis tahlil. Majlis tak dapat nak cancel, sebab persiapan semua dah buat. Paling kesian pada si isteri. Ini ujian yang hebat untuk dia daripada Allah s.w.t. Berat ujian ini, bukan semua orang dapat pikul.

3) Mangsa ragut. Kalau setakat nak ragut saja, tak ada hal. Ini, dia bunuh sekali orang itu. Dah lah satu dosa, kau ragut orang, then kau tambah lagi dosa kau dengan membunuh. Kejam sungguh. Tak pasal² aku dah anti dengan orang yang naik motor. Semua ini sebab kes ragut lah. Aku rasa, bukan aku saja yang anti orang yang naik motor ini, mungkin kat luar sana, ramai lagi. Cuma korang saja yang tak tahu kan.

Masalahnya sekarang, kau ragut orang yang lemah. Orang yang sarat mengandung, makcik tua, nenek yang tak larat. Kalau kena kat mak kau, macam mana. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah, kan?.

4) Kes ini baru lagi. Ingat lagi pasal kes bas Sani Ekspress. Ya, yang mengorbankan 10 orang. Aku ulang balik, 10 orang. Jangan anggap ini kes remeh. Disebabkan terlelap 10 saat, 10 nyawa sudah melayang.

Ini bukan kes tayar meletup ke, melebihi had laju ke, nak mengelak kenderaan dari arah bertentangan ke. Bukan. Bukan. Ini silap pemandu itu sendiri. Pemandu itu terlelap. Memang tragis kejadian ini. Sampai badan pun terbelah dua. Kepala terputus. Dan macam² lagi. Aku tak nak tulis dekat sini, sebab nanti korang tak lalu nak makan pulak. Korang pun boleh bayang sendiri lah macam mana rupanya kalau besi penghadang jalan itu menusuk orang yang berada di dalam bas terbabit. Boleh bayang?

Yang lagi tragis ialah kebanyakan yang maut itu ada pertalian darah. Itu bermaksud, mungkin adik-beradik, suami isteri, ibu bapa, mak dan anak, anak dan bapak. Bagi keluarga yang kehilangan anak sekali gus, memang sukar nak menerima ujian ini. Dan sama juga bagi anak yang kehilangan ibu bapa sekali gus. Memang sukar nak terima. Tapi, inilah ujian namanya.

Masalah sekarang, nak salah kan siapa? Aku rasa, masalah kemalangan bas ekspress ini, daripada dulu lagi tidak ada kesudahan. Dulu pun ada kejadian macam ini. Lepas itu senyap. Sekarang ada balik. Agaknya, bila ada anak orang² besar yang terlibat, baru nak ambil tindakan serius,kan?

Banyak lagi kalau nak diikutkan tragedi ini. Tapi, kes ini saja yang menarik perhatian aku. Ini semua untuk tatapan korang saja. Aku tak bermaksud nak tindas sesiapa pun.



p/s: Ini pendapat aku saja. Kalau korang ada pendapat sendiri, korang boleh selitkan sekali. Dan sesiapa yang nak bagi ulasan, sila komen. Tak payah nak malu².

Wednesday, December 16, 2009

Usrah - #1

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas.

Bila bas itu datang, kau tengok bas itu dan kau kata pada diri kau,"Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, kau katakan pada diri kau, “Aku akan tunggu bas yang lain.”

Kau pun biarkan bas tu berlalu dan kau tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Kau tengok bas itu dan kau akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kau pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kau bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini kau kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi kau biarkan bas itu berlalu dan kau bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kau perasan yang kau sudah terlambat rupanya. Kau mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kau sedar bahawa… kau dah naik bas yang salah.

Jadi, selama ini kau dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang kau hendak. Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah kau dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk kau?

Jadi, mengingini apa yang kau idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau kamu sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kau dapati “bas” itu tidak sesuai dengan kau, apa yang perlu kau lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… aku pasti kau semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Kau nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang kau nanti- nantikan), kau tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat² tak faham dan pura² buat tak nampak kau dan terus berlalu tinggalkan kau!

Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam itu, apa yang akan aku lakukan ialah TERUS BERJALAN!

Tak mati pun kalau tak bercinta.

Jangan anggap ia perkara wajib.

Yang haram tetap haram.

Thursday, November 26, 2009

Untuk santapan minda dan rohani




Video ini didedikasikan khas buat perokok² tegar dekat Malaysia ini tapi lagi special buat member² kami.

Hayatilah video ini dengan mendalam. Confirm lepas ni, nak hisap pun, kena cari tempat yang sesuai.

Selamat menonton!

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Bercuti

Sempena cuti sekolah sekarang ni, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada kalian semua.
Semoga kamu semua memanfaatkan cuti yang ada sekarang ini. Kepada bebudak yang duduk di sekotar kawasan Pantai Timur, jagalah diri anda. Sekarang pun tengah musim banjir. Janganlah main air yang melampau-lampau.

Cuti selama sebulan ini, nikmatilah puas² dengan merasa masakan mak masing².
Akhir kata dari aku, selamat bercuti dan selamat beristirehat :)

Tuesday, November 24, 2009

Hati dan perasaan

Erm!!!baru hari ni aku rasa nak menulis sesuatu.Entahlah mungkin aku ada banyak masa kot.Mesti semua tertanya kenapa tajuk aku macam jiwang semacam je kan. Sebenarnya sepanjang cuti ni aku banyak share dengan mama aku pasal hati dan perasaan. Biasalah bila umur dah makin meningkat semua nak dikongsi. Tapi apa yang buat aku terkesima bila mama aku kata yang cinta tu adalah seperti give and take. Apa maksud disebalik kata-kata tu?. So,apa korang rasa???

Friday, November 20, 2009

Intro

Blog ini dihasilkan sehari sebelum cuti semester bagi pelajar semester satu. Blog ini akan dijadikan cerita tentang perangai dan juga gelagat kami, budak² kajian sosial, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang ambilan Julai 2009.

Semoga dengan terbina-nya blog ini, lebih banyak cerita yang dapat dikongsi bersama. Tidak kiralah sama ada pahit, manis, tawar dan juga masam. Semuanya akan dijadikan kenangan bersama.

Kenapa kentangputarberkrim?
Nama ini diambil secara rawak, kebetulan pula beberapa budak kelas ini, amat suka makan kentang putar di Kfc. Oleh itu, kami pun guna kan lah kentangputarberkrim sebagai link-nya.


Blog ini masih baru dan kami amatlah mengalu-alukan pandangan semua pihak. Kami sekadar mahu bercerita mengenai kawan² sekelas kami dan ingin berkongsi pendapat. Akhir kata, selamat datang!