Thursday, July 29, 2010

Kerja kerja dan kerja

Aku akan list kan segala jenis kerja, assignment, presentation yang hangpa kena buat eh.

Assignment Pendidikan dah settle.

Presentation Pendidikan jangan lupa untuk kumpulan yang belum bentang lagi.

Assignment Bahasa Inggeris *20 August.

Assignment Bahasa Melayu *1 September.

Presentation kecerdasan emosi, setiap kumpulan yang belum lagi bentang.

Assignment Kecerdasan emosi sila hantar pada 17 September.

Kerja-kerja Dr Fadzil, sila kemaskini okey.

Assignment Bola Jaring *untuk perempuan sahaja. (pembentangan termasuk sekali ).

***

Setakat ini sahaja. Ada lagi banyak yang akan menyusul. Buat jangan tak buat. okey, selamat berhujung minggu. :)

Tuesday, July 27, 2010

Program kesedaran alam

Tempat: Pantai Karachut, Pulau Pinang

Tarikh: 23-24 Julai 2010

Bilangan pelajar: 17 orang

Guru Pembimbing: Cikgu Roslan Saadon

Coordinator: 4 orang

Refleksi: Menarik, dapat merapatkan hubungan bersama-sama rakan sekelas, dapat bertukar-tukar pendapat dan dapat banyak knowledge. Hiking paling best, sebab dapat tengok ramai yang sudi tolong-menolong jika ada kawan-kawan yang keletihan. Masa hiking jugak, dapat lihat ada orang yang menggigil tak tentu pasal. First time hiking kot. haha. Apa pon, semua enjoy. Paling tak boleh blaaa, banyak gigitan nyamuk. Gemuklah nyamuk itu lepas ini.

Ada pulak kes kepala berasap masa tengah hiking. Perghhh. Jalan di hutan memang licin sebab baru lepas hujan. Ada seorang yang jatuh. Tapi tak teruk sangat. Sikap kerjasama paling penting untuk program ini. Main bola tampar pantai memang best, aktiviti2 yang disedikan sangat menyeronokkan. Happy sentiasa. Semasa hiking, banyak tumbuh-tumbuhan yang boleh dikaji.

Apa pon, enjoy lah tengok gambar kami semua ini okey. Peace no war !
























Sunday, July 18, 2010

New Semester

okey, sudah lama blog ini tidak diupdate.

Sempena bermulanya semester baru ini, iaitu semester yang terakhir untuk program persediaan, macam2 aktiviti yang ada. Baru2 ini ada program PNB (permodalan nasional berhad). Banyak input yang diperolehi untuk cara2 bagaimana menguruskan kewangan. Amat sesuai bagi peringkat kami mendengarnya.

Selain itu, untuk ahli2 ks yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, tahniah. Yang result cukup2 makan, takpe, boleh cuba lagi di lain kali. Untuk pelajar yang berjaya mendapat band 3 untuk Muet, tahniah. Untuk yang kena repeat lagi, boleh cuba lagi. Jangan main2 okey.

Untuk semester baru ini, eloklah sekiranya kita memulakan azam yang baru. Yang mana azam yang lepas, ada malas sikit2 ke, eloklah sekiranya azam tahun ini dipertingkatkan lagi.

Sentiasalah pegang kata2 semangat ini "You never fail until you stop trying". okey, good luck semua !

chow cincau ! :)