Wednesday, December 16, 2009

Usrah - #1

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas.

Bila bas itu datang, kau tengok bas itu dan kau kata pada diri kau,"Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, kau katakan pada diri kau, “Aku akan tunggu bas yang lain.”

Kau pun biarkan bas tu berlalu dan kau tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Kau tengok bas itu dan kau akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kau pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kau bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini kau kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi kau biarkan bas itu berlalu dan kau bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kau perasan yang kau sudah terlambat rupanya. Kau mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kau sedar bahawa… kau dah naik bas yang salah.

Jadi, selama ini kau dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang kau hendak. Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah kau dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk kau?

Jadi, mengingini apa yang kau idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau kamu sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kau dapati “bas” itu tidak sesuai dengan kau, apa yang perlu kau lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… aku pasti kau semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Kau nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang kau nanti- nantikan), kau tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat² tak faham dan pura² buat tak nampak kau dan terus berlalu tinggalkan kau!

Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam itu, apa yang akan aku lakukan ialah TERUS BERJALAN!

Tak mati pun kalau tak bercinta.

Jangan anggap ia perkara wajib.

Yang haram tetap haram.

6 comments:

torres said...

Yup. Aku setuju. Bdk zaman sekarang ni, ingat couple tuh benda wajib. Benda penting. bdk skolah rendah pun dah ada yg couple. mcm2. Haihh.

btw, aku suka artikel ini. congratzz

panadol said...

kalu mcm uh ak tamau naek bas dah,,lalala

best of me said...

sape yang wat cite nie?? hebat sungguh! paling aq respek die punye konklusion..
mantap..aq sokong kapel tu haram sebagai menyahut seruan 1 aqidah.. hahaa..

Pemilik Blog said...

torres,
thanx! :)

panadol,
okey, jalan kaki je lah. Naik basikal nak? haha

best of me,
siapa yang buat tak penting. Amik isi dari setiap kata2 itu yg penting.thanx jugak! jangan lupa singgah blog selalu okey. :)

. said...

ape la mengarut psal bas nie???
mcm la xde benda len nk ckp;; aq x suka lansung
hahah

Pemilik Blog said...

.,
Kau tak suka, boleh bla !