Saturday, March 27, 2010

Aurat

Tajuk entri hari ini aku nak sentuh pasal aurat. Benda ini sensitif sebenarnya. Tapi, aku tak nak mengeruhkan keadaan bagi sesiapa yang masih tak berapa nak faham atau tak berapa nak amik port pasal aurat ni.

Aku tak condem siapa-siapa eh. Just pendapat aku saja. Sebarang kesilapan fakta, aku harap ada lah orang yang sudi nak betul kan.

Baru-baru ini aku ada baca blog Wardina Safiyyah pasal dia kena interview dengan TV3. Rancangan Al-Kulliyah kalau tak silap aku. Tajuk untuk minggu tersebut ialah "berhias". Seperti biasa, berhias ini amat sinonim dengan wanita. Tapi, berhias pun kena berpada-pada. Sebab, berhias untuk kecantikan, sangat sangat tak digalakkan dalam Islam kerana menarik perhatian lelaki.

Untuk interview tersebut, ada sentuh pasal aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jari kaki pun kena tutup. Untuk itu, Wardina tak berapa setuju. Bukan tak setuju, beliau berpendapat bahawa, untuk menjaga keseluruhan aurat, seseorang wanita tersebut hendaklah terlebih dahulu menutup kepala-nya.

Ayat beliau, "ini, masalah sekarang, kita nak pastikan tutup dulu yang atas kepala...kita nak galakkan wanita muslim bangga dengan imej muslimah..bukannya menakutkan mereka... ADUHAIIIIIIII!!!!!!!!kenapa tak boleh positf sikit? macamna umat islam nak berdepan dan berdiri di pentas antarabangsa, berjumpa , berdebat dan melakukan kebaikan bersama mat salleh dan mereka yang bukan islam sekiranya kita masih berfikiran sebegini????".

Satu ayat yang tak boleh nak disangkal oleh ustaz tersebut ialah, "Aurat? cakap pasal aurat WANITAAAAAAAA JEEEEEE..... kenapa uztaz tak highlight...ayat 30 surah AnNur mengenai aurat itu diturunkan UNTUK KAUM LELAKI DAHULU! "Lelaki tundukkan pandangan!!!!!" bukan wanita first...LELAKI FIRST!!!!!!!".
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadi, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..

1 comment:

Anonymous said...

Macama ni sbnarnya, wnita adlh fitnah yg plg besar dlm dunia ni, seorng org alim mgkin dpt tolak duit, pangkat n kekayaan...tapi jika sorg wnita ghairah dtg mggoda, mesti hati mudah drasuk syaitan, lelaki wlaupun dh tundukkn pandangn tapi pmpuan still pkai seksi2, x ader gunenya, syaitan akn cri jalan utk buat lelaki tgk aurat pmpuan.

klu kita kata x smstinya pmpuan btudung tu baek, tpi pd hakikatnya btudung itu lbh baek dri x btudung, wlaupun smayang tpi x pkai tdung, pahala akn thapus dengn dosa akibt x tutup aurat, ingt tutup aurat adlah benda plg pnting dlm hidup wnita, pmpuan skrg anggp btudung just tutup rambut, tpi btudung sbnarnya adlh tutup seluruh kpala dan dada serta tulang kepak di belakang badan, tpi klu tutup aurat skadar rambut je, hkum dia tetp bdosa bsar...

jiwa seorng lelaki akn mudh tertarik pd ssuatu yg seksi, klu smua benda dtutup, laki xkan mudah drasuk syaitan, tpi harus ingt, mnutup aurat harus dsertai degn sfat bhati2, klu x bhati2 xkan lngkap pngertian mnutup aurat tu, sbb tutup aurat tpi still bjalan mlam sorg2, g tmpt xder org tnpa teman, pastu kne rogol mula nk salah laki, yg ko pandai2 kuar x bteman n kuar mlam tu buat ape, ingt zman skrg ni slamat ke, even laki pn dh berbahaya, patah lgi pd pmpuan, ingt tu....sndri mau ingt, beringat sblm terkena...terkena mneyesal x sudah nnt...