Sunday, March 28, 2010

Soalan cepumas

Jika yang disayangi cik abang dondang bertanya soalan berikut...
"Sayang, i nampak makin gemuk tak?"

JENG! JENG! JENG!

Apa yang patut si cik abang dondang tu jawab?

A. Mana ada. You nampak awesome!
B. You nampak sama je. Takde beza.
C. A lil' bit. You kena exercise sikit.
D. Entah. Tak berapa perasan sangat.

Berikut adalah beberapa siri adegan yang mungkin berlaku jika salah satu jawapan di atas diberikan oleh cik abang dondang:

Jika pilihannya A (Okey, jawapan ini biasa diberikan oleh lelaki bermulut manis.) Respons yang bakal diperolehi.
"Ye ke? You saja je nak ambik hati i, kan? I dah naik LIMA kilo tau! Tak perasan ke?!"

Bagaimana jika B (Ini pula mungkin jawapan versi lelaki yang memang tak suka cari gaduh.) Mungkin ini tindakbalasnya,
"I dah naik LIMA kilo pun you tak perasan. Dulu, i naik jerawat sebijik you dah perasan! Now, you cakap takde beza?"

Jika C (Jawapan mencari nahas ini biasa diberikan oleh lelaki yang lurus bendul macam kayu dan terlebih jujur) Ini pula bahana akibat jawapan tersebut.
"Ooo... dulu masa i cantik you bagai nak rak kejar. Now, i dah tambah berat badan you pandai pula nak komplen! Lelaki, macam nilah! Sama je semua!"

Dan jika jawapan si cik abang dondang itu D (jawapan yang biasa diberikan oleh lelaki 'sejati'.) Entah?!
"you ni tak sensitif langsung la!"

Jadi, jawapan yang mana perlu si makhluk berhalkum perlu berikan kepada kamu?

Soal berat atau ringan itu sangat subjektif. Tapi soal hati ianya sangat terang. Terang kalau dilihat dengan mata hati bukan dengan mata cemburu semata.

Sayang itu tiada alasan. Tiada logik yang perlu disenarai panjangkan kalau si polan tu sayang. Apatah lagi jika cubaan merujuk kepada persamaan kuadratik ataupun pengamiran secara berkala. Kita akan gagal dengan cemerlang sekali. Macam Manchester United kalah dengan Barcelona. Metaforanya mungkin sama begitu.

Kebanyakan lelaki hanya akan ambil kisah dengan keterampilan dirinya bila berada di kalangan orang asing atau berada di depan si Hawa yang mahu dimilikinya. Kenapa? Sebab bila lelaki rasa dia cukup selesa dan berada dalam zon 'in control' dengan pasangannya, dia tidak akan ambil kisah sangat dengan apa yang tersarung di badannya. Bukan bermaksud lelaki berubah (dari segi penampilan bila bersama dengan yang tersayang) tetapi ianya membawa maksud lelaki itu sudah selesa dengan perempuan tersebut sehinggakan dia tidak perlu risau atau gundah gulana tentang apa dikenakan dibadannya.

Apa-apa pun, perempuan sukakan kejujuran okey. Nak bagi jawapan pun, kena lah dalam situasi yang elok. Tak gitu?

p/s - perempuan dan berat badan ni, dia macam benda yang tak boleh kau nak buat main-main. macam mana sadis pun ayat kau, kau kena pandai-pandai cover supaya tak tersinggung hati perempuan ini.

p/s/s: Kuiz ini aku cilok dekat blogger sorang ni. Thanks dekat dia. Huh~

No comments: