Tuesday, February 23, 2010

Sudut Ilmu : Polemik Isu Pelupusan Sampah

Sebagaimana yang kita tahu semakin hari semakin banyak sampah yang dihasilkan oleh kita. Secara purata kita akan menghasilkan 2.3 kilogram setiap orang sehari. Mengikut calculation matematik yg aku belajar dari tadika sehingga hari ini,jumlah ini akan terus meningkat kpd 30 ribu tan sampah sehari menjelang 2020. Apa yang menarik jumlah ini boleh disamakan dengan keluasan 15 pandang bola setnggi satu meter! Oleh itu. kerajaan Malaysia perlu sedar akan masalah yg amat bahaya ini dan seterusnya mengambil langkah yang inisatif dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk pengetahuan kita terdapat 2 sistem pelupusan sampah yang diamalkan di Malaysia iaitu penghantaran ke tapak pelupusan sampah atau ke pusat pembakaran sampah. Walau bagaimanapun,kedua-dua sistem ini memberi banyak masalah dan kesan pada negara kita kelak contohnya pencemaran udara,pelepasan karbon monoksida,masalah kulit dan sebagainya. Untuk pengetahuan para pembaca kitar semula merupakan sistem pelupusan sampah yang amat efektif buat masa ini yang diamalkan oleh negara-negara yang maju seperti United Kingdom da Singapura. Secara umumnya,kitar semula mampu mengekalkan khazanah kekayaan sumber alam dan juga dapat menjimatkan tenaga yang diperlukan dalam penghasilan bahan baharu dan penerokaan sumber. Kitar semula mempunyai peranan besar dalam mempertahankan ekosistem dan mengelakkan pencemaran. Akan tetapi masyarakat kita masih tidak sedar akan kepentingan kitar semula. Buktinya,pada thn 2005 hanya 40 peratus surat khabar yg dapat dikitar semula daripada 300 ribu kg surat khabar yg dihasilkan. Oleh itu,semua pihak harus bekerjasama dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam hal ini. Janganlah kita mementingkan diri sendiri. Kita perlu memikirkan nasib anak-anak kita kelak. Akhir kata, saya hanya mampu mengingatkan antara satu sama lain dan semoga ilmu yang saya sampaikan ini dapat mengubah pemikiran masyarakat di luar sana. Terima kasih....

No comments: