Sunday, February 28, 2010

Hye kawan²

First, thanx kepada bebudak yang mula dah link-kan blog kelas ini. Blog ini bukan-nya menarik pun, tapi terima kasih lah sebab ada yang sudi jadi followers. Mungkin sebab tukang merapu dekat sini best kottt.

Secondly, ada beberapa budak kelas ini yang mula dah terlibat dengan blogger ini. Dah ada blog sendiri. Tak puas nak merapu dekat kenangputarberkrim lah ni kan.

Lepas tuh, dah lah nama blog tak sedap. Haihh, lain kali, mintak pandangan aku dulu. Aku boleh rekomen-kan nama yang meletup-letup ni. Huhu

Takpe, boleh join club aku. Tapi, blog aku sentiasa dirahsiakan. Mana boleh korang tahu, nanti aku nak mengumpat payah. kan kan.

***

Ada banyak gambar aku nak upload sebenarnya, tapi wireless yang macam haram, terpaksa aku tunda kan niat itu. So, gambar² kamu aku post masa entri akan datang. Tak pun, tunggu aku balik umah. Streamyx kat umah jugak yang bagus. Huh~

Okey, selamat membuat assignment!

Friday, February 26, 2010

bla bla bla

open your eyes-sum 41

oman and is like this......

Lately,
I'm not quite myself.
Maybe,
I do need some help.
just my confusion,
trust my delusions.

Don't you,
Regret you met me.
go through,
These steps to get me,
Back to where we start,
Before I fall apart.

If I could black out,
It'd become so clear,
Standing face-to-face with everything I fear.
watch so closely,
but still I don't see.
As bad as it seems,
a piece of mind I'd steal,
In ordinary life,
The consequence is real.
I'm past the point of reality.

This isn't me,
This isn't you,
But it's just everything we do.
Till you open up your eyes,
and understand this isn't real.
This isn't me,
This isn't you,
This is everything but true,
Till we come to realize,
It's what we put each other through.

It's like a bad dream,
That's becoming all so true,
Leaving me with nothing else left to do.
Now so helpless,
I'm not so selfish.
Tell me,
How does it feel to have a face like that,
How does it feel to be replaced like that.
Now so faceless,
Do you still feel?

This isn't me,
This isn't you,
But it's just everything we do.
Till you open up your eyes,
and understand this isn't real.
This isn't me,
This isn't you,
This is everything but true,
Till we come to realize,
It's what we put each other through.

It's hard to believe right now,
This seems to be real.
It's unfazing by this time,
So why can't I wake up.

This isn't me,
This isn't you,
But it's just everything we do.
Till you open up your eyes,
and understand this isn't real.
This isn't me,
This isn't you,
This is everything but true,
Till we come to realize,
It's what we put each other through.


sebenarnyekan, aku x tau nak taip pe, aku ske main taip2, 2 hobi aku, men game, men takraw,
bende paling aku x ske ialah MENAIP.
sbb????
buang mase, lebih baik berzikir ke, bertaranum ke, ade la gak faedah nye,
ape yang menariknye 2 kajian sosial ini???
nak tau ke???
sebelum tu kan ape pandangan korang???
happy always???
gosip2???
saling kerja sama???
mcm 1 family???

bgi aku la, bende ini mule2 cam remeh temeh je
lame2 baru terase cam ade ikatan kimia
(sory la klo istilah aku melampau)
kawan x bole hidop sorang2
kawan memerlukan kawan
jangan jadi kawan makan kawan
bile kawan susah, kita tolong
jangan la berlagak nak #$%^&*
contoh la, iskendar. 5iap hari pegi kelas awal sebb nak amik attenden
(extendent)
kesian die kan??
cam ni la, kite tolong die bile dh sem 3, dan seterusnye,
kite tuka KK baru
cam 2 baru namenye tolong menolong
HAHAHAH
(ape yg aku merepek ni?)
kan tadi aku kate, aku x ske menaip, klo aku menaip, nanti mengarut plak,
mcm ni
2 je la, yg aku mampu nak merepek, len kali aku merepek lagi, ok?

ok bro and sis, good bye

assalamualaikum n salam sejahtera

Tuesday, February 23, 2010

Sudut Ilmu : Polemik Isu Pelupusan Sampah

Sebagaimana yang kita tahu semakin hari semakin banyak sampah yang dihasilkan oleh kita. Secara purata kita akan menghasilkan 2.3 kilogram setiap orang sehari. Mengikut calculation matematik yg aku belajar dari tadika sehingga hari ini,jumlah ini akan terus meningkat kpd 30 ribu tan sampah sehari menjelang 2020. Apa yang menarik jumlah ini boleh disamakan dengan keluasan 15 pandang bola setnggi satu meter! Oleh itu. kerajaan Malaysia perlu sedar akan masalah yg amat bahaya ini dan seterusnya mengambil langkah yang inisatif dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk pengetahuan kita terdapat 2 sistem pelupusan sampah yang diamalkan di Malaysia iaitu penghantaran ke tapak pelupusan sampah atau ke pusat pembakaran sampah. Walau bagaimanapun,kedua-dua sistem ini memberi banyak masalah dan kesan pada negara kita kelak contohnya pencemaran udara,pelepasan karbon monoksida,masalah kulit dan sebagainya. Untuk pengetahuan para pembaca kitar semula merupakan sistem pelupusan sampah yang amat efektif buat masa ini yang diamalkan oleh negara-negara yang maju seperti United Kingdom da Singapura. Secara umumnya,kitar semula mampu mengekalkan khazanah kekayaan sumber alam dan juga dapat menjimatkan tenaga yang diperlukan dalam penghasilan bahan baharu dan penerokaan sumber. Kitar semula mempunyai peranan besar dalam mempertahankan ekosistem dan mengelakkan pencemaran. Akan tetapi masyarakat kita masih tidak sedar akan kepentingan kitar semula. Buktinya,pada thn 2005 hanya 40 peratus surat khabar yg dapat dikitar semula daripada 300 ribu kg surat khabar yg dihasilkan. Oleh itu,semua pihak harus bekerjasama dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam hal ini. Janganlah kita mementingkan diri sendiri. Kita perlu memikirkan nasib anak-anak kita kelak. Akhir kata, saya hanya mampu mengingatkan antara satu sama lain dan semoga ilmu yang saya sampaikan ini dapat mengubah pemikiran masyarakat di luar sana. Terima kasih....

Monday, February 15, 2010

Ini bukan main-main

Aku memang menyimpan hasrat nak pakai dslr suatu hari nanti. Tapi bukan sekarang sebab benda ini bukan priority dalam hidup aku lagi. Lagipun, aku dah ada kamera kompak biasa.

Aku tak ada problems dengan orang yang dah ada dslr ini. Mungkin sedikit ber-bau cemburu. Bagi aku, dslr ini dah jadi trend budak2 sekarang. Kalau tengok budak2 sekitar kl, memang dah ramai yang pakai dslr ini.

Dorg ini jenis yang pakai baju-T, berseluar jeans skinny, berkasut converse (tak main lah pakai selipar jepun), gantung dslr dekat leher. Kadang2, dorg ini berjalan secara kumpulan. Aku tak nampak pun dorg guna kamera itu. Nampak macam dorg sekadar nak tayang. Golongan yang jenis ini aku rasa macam ‘err, kalau tak nak guna, baik bagi aku’.

Tapi aku tau ramai photographer dekat luar sana yang guna dslr bukan sekadar nak tayang. Bagi mereka, dslr ini suatu kepuasan andai sudah memiliki. Ada jugak yang jadikan dslr ini sebagai karier. Apapun, aku suka melihat mereka ini. Itu belum lagi masuk pasal skill meng-edit gambar. Meng-edit gambar ini adalah suatu bonus bagi mereka. Aku suka gambar yang di-edit tapi tak semua lah sebab kadang2, natural gambar itu hilang sebab dah di-edit.

Apapun, dslr bukan sekadar kamera biasa. Lebih dari itu. Aku pegang prinsip, siapa ada duit, dia boleh beli. Dslr itu mahal tau.

Jadi, kamu semua sila doa kan aku.

p/s: Aku rasa aku dah salah tempat nak post lah. Macam blog sendiri pulak. Errr...

Sunday, February 14, 2010

Membuang duit






Ada banyak lagi aku nak psot. Tapi, setakat ini dulu eh.

Streamyx kat rumah jugak yang bagus. Baru aku boleh post gambar ni.

huhu!

Bukit dumbar







Finally, aku berjaya jugak post gambar dekat blog. Huh~

(sambil kesat peluh)

Monday, February 8, 2010

Problem

Aku sebenarnya nak letak macam² gambar dekat blog ini.

Tapi.......

Macam² masalah timbul.

Susah aku nak post. Macam² lah.

Tak payah lah aku nak senaraikan..

Nak post gambar punyalah lembap. Macam kambing. Aku kalau bab² lembap ni, memang tak masuk.

Jadi, kepada sesiapa yang nak tolong post-kan gambar, amat lah dialu-alu kan. Bagitahu aku okey !

Saturday, February 6, 2010

Couples

Pasangan budak perempuan kelas KS.

Syahira - Abul

Sarah - Azrul

Wawa - Furqan

Ifa - Nadzmi

Nasuha - Aiman

Mijah - Pokjat

Shangari - J. Chanthurug

** Semoga terus angau okey !

Budak terhangat...

Ima - tunggu En Popia nak declare saja

Murni - *&^$()_)_

Kak Ngah - &^&(#@

***

Pergi kebun dengan Raju,
Singgah sebentar di rumah Alia,
Makin lama menunggu,
Makin mahal harganya...

:)

kecewa

bdak2 laki KS dgn selamber nye escape manifesto. biasalah. mungkin mereka penat. tapi nape semua boleh hadir ea. tah.

Friday, February 5, 2010

satu lagi couple (bdk ks)????

ade sape2 yang nk berkongsi mengenai perkara ini??

Tuesday, January 26, 2010

Ada akal, lu fikir sendiri lah :)

Baca tajuk di atas dengan nada yang lembut. Kalau tak lembut jugak, ulang 3 kali.

27-11-2009
Aidil adha berlaku pada hari jumaat

18-12-2009
Tahun baru hijriah pada hari jumaat

25-12-2009
Hari natal jatuh pada hari jumaat

1-1-2010
Tahun baru jatuh pada hari jumaat

15-1-2010
Gerhana matahari berlaku pada hari jumaat

26-2-2010
Maulud nabi Muhammad jatuh pada hari jumaat

2-4-2010
Matinya yesus kristus pada hari jumaat

28-6-2010
Hari wesak pada hari jumaat

27-8-2010
Nuzul quran jatuh pada hari Jumaat

10-9-2010
Hari raya aidilfitri pada hari Jumaat

5-11-2010
Deepavali berlaku pada hari Jumaat

p/s: Ambil perhatian pada perkara² sebegini. Jangan anggap ia perkara mustahil. Kita harus ingat-mengingati pada yang lupa. Bertaubat lah selagi belum terlambat. Pintu taubat sentiasa terbuka. Sesungguhnya Allah yang berkuasa di atas muka bumi ini.

Kepada yang lalai atau leka dengan hal duniawi, lebih baik anda check balik amalan anda. Yang mana bekalan belum cukup, cepat² lah isi dan penuhkan. Sebelum terlambat. Ini bukan nak menakutkan atau apa. Just nak kongsi sahaja.

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Saturday, January 16, 2010

Usrah - #2

Wanita itu ibarat buah epal.

Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah.

Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai.

Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?

Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah Allahﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu,
mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah.

Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..


Notakaki: Tak perlu risau kalau tak couple. Still boleh hidup lagi, kan? :)

Tuesday, January 12, 2010

perigi VS timba

korang mst taw..kalo denga je perigi,owg taw uh pompuan.kalo timba,tu lelaki.walaupon mcm2 lgi label mnusia kasi ni,tp bg ak,lantak lah,jnji x lbel yg plek2,,jauh skali mmbwa mkna burok..
ok.ni cite bes.
persoalan ni timbul kt otak ak.hari ni.perigi cari timba.ataupun kalu bhasa x belit2 nyer pompuan cari laki.kalo dulu owg mst gelak kalu bab2 hati ni,pompuan luah dulu kat laki.tp skrang,caye ke x,dh jadi cam trend ak tgok.pompuan luah perasaan kt laki.bia la nk terperasan ke x.bg aku,pompuan cmni mmg berani.sumpah ak x ade kbranian cm tu.( kalau lah ade).nk lgi seng,ak ni mybe jenis yang pendam.org ckp kalo dh suke uh jgn pendam2,,tp kalo ak,bia la pendam,( syok what)..
korang penah ke rase bila jalan tepi mamat korg admire(konon) tbe2 korg rse nk tegur die? penah x bla si dia sembg ngn minah lain,korang rase jeles teramat sgt? penah x kalu die wat lwak,korang wat2 x gelak..tp lam ati,,Tuhan je taw betapa sweet nyer lawak die..hahaha
ok,ak bkan sangap k,cme syok.haha

berbalik pda cite timba n perigi.ak bkak metro ari uh..ade tulis sal ni.minat ak.rmai ckap..ala,lpak suda la.g kt mamat uh,ckap ak ske ko.kosong x? haha..ngat senang ke?? ak admit.payah wei.so.......perigi oh perigi,,kita kne tbah..yela kan..



timba2 sekalian,jual la murah skit,korg ngat seng ke gurlz nk approach laki?
btol x cgo lan? hahaha


pape pon,,ni pendapt smue..ak kurenk..hehe

Saturday, January 9, 2010

Monolog Hari Ini

Dalam sebuah cerita akan ada pengakhirannya.

Tidak kiralah sama ada cerita itu sedih, gembira, menakutkan atau segala macam.

Ia juga ada pengakhiran.

Seperti kehidupan ini, kan?

Wednesday, January 6, 2010

Rona Roni Kehidupan....

Rasanya dah 4 hari lebih kita dekat sini.Kat mana lagi kalu bukan i4p.Hahaha..lama tak jumpa rasanya suma da totally changed.Especially rambut budak laki klas aku..makin handsomekah mereka???..aku x mampu nak menjawab soalan itu.Tepuk dada tanya hati la babe.Tapi sekurang-kurangnya sedap mata memandang.hehehe...
Best la hari ney,,enjoy..especially tyme encik sawpi..tak ngantuk pun..hopefully banyak lagi la aktiviti cam hari ney..
Masuk je maktab aku terus stress..elaun x de wei...mati katak aku nanti..Dengar kata elaun akan dikurangkan kos kerajaan mang x de peruntukan dalam bidang pendidikan.Aduh!!!!!asal la tyme aku suma jadi cam ney.hopefully elaun x kena tarik balik..kalu x,,penat je aku keluar dari matrik..
hahahaha...
Bermula hari Isnin yang lalu,Is ngan Ema telah diberi tanggungjawab dan amanah oleh aku dan kengkawan untuk mentadbir kelas..bolehkah mereka????..we'll wait and see..tapi apa yang penting Cik Lan mang stylo..hahahaha



p/s: wei..murni pesan duet kelas kena bayar....kalu x senarai nama akan ditampal di kafe mami..arahan ema...

--abg G--

msih x trlalu lmbt nk review bout fis day jejak ujung jari kt pagar ram***....smpai je tross cek inn ( hotel 5 bntang)...dsbbkan byk sgt mkn semot mse cuti,,ak tross lupe kt mne ltknyer bilik baru ak,,so ak tawaf jelah 1 floor,,pas ltak beg,,lpak tas ktil..ak mmg tadak mud nk kems awai..dh la ak sorang je yg smpai awai kt area bilik bru uh..terkezoott mle2..ghupe2nye bilik bru uh btoi2 depn blik lme(hampeh)..

" bek tak yah tukaq blik "

tp syukur still syukur..btter lah dri ak kne dok bilik warden( muahahaha)..ak jpe rmai pghuni2 bru ram***...ade dak math,,pm,,pling x bole blah ak dkelilingi dak2 PA...x pe t kte tgok se PA mne ak,,hihi..
pkir pnyer pkir,,nk gak aku usha suasana kt luar tgkap blik,,time uh siyess lupe ak kt sne..dgn hrapan nk hirop udara segar so ak pon slmber jela bkak tgkap..tada!!
ak npak blok gajus la plak,,cehh!! rupe2 nyer ak brtentgan ngn blok uh,,pling myakitkn mata ak x bley nk bkak tgkap dah,,waaa,,oh fresh air,,im gonna misz u la,,(sabar2)

ak bkan pe,,mlas tol,,bkak "skit" tgkap npak abg gajus..abg G..so ak decide nk bli mgga bru,,psg kt tgkap(nk tutop slmenyer)...at least sjuk ati tgok brknci dari x knci tp x bley bkak..waaaa~~




moral of da stori : HARGAILAH TINGKAP ANDA

^-^ komen k!

Tuesday, January 5, 2010

Welcome 2010 bubbye 2009

Ya, tahun baru. Sekarang kita sudah pun memasuki tahun baru. Kalendar baru, semester baru, awek baru, tajuk baru, dan segala macam yang baru lagi. Yang lama itu, korang boleh campak jauh2. Contoh macam kalendar 2009, korang dah boleh buang dalam tong sampah.

Untuk tahun baru ini, setiap orang ada matlamat dan juga azam masing2. Itu pendirian masing2 lah. Apa pun matlamat dan juga azam korang, biarlah ada perubahan dalam diri. Tahun baru ini, boleh dikatakan suatu permulaan yang baik untuk kehidupan yang baru. Ya, berubah untuk yang lebih baik. Bukan maksud aku nak cakap korang tidak baik. Bukan. Bukan. Maksud aku, ada lebih sikit. Kalau tahun yang sebelum ini, korang punya sifat yang baik, untuk tahun ini, lebih-kan sedikit kebaikan itu.

Segala macam pahit mahupun manis yang berlaku pada tahun 2009, dapat dijadikan iktibar untuk kita menjadi lebih matang. Tidak kiralah sama ada duka, gembira, sedih, sakit hati, kena perli, kena marah, kena buli, kena sepak terajang semua lah. Ini semua adalah pengalaman hidup. Bukan semua orang dapat rasa pengalaman hidup ini.

Apapun yang korang lakukan untuk tahun 2010, semoga korang berjaya. Good luck untuk tahun baru ini.

Selamat tahun baru !

Tuesday, December 29, 2009

Tragedi Disember

Okey, ini kisah benar, bukan rekaan semata-mata. Siapa yang baca surat akhbar, mesti tahu apa yang berlaku sepanjang bulan disember ini. Siapa yang tak baca itu, memang dia duduk dalam gua lah. Okey, entri kali ini, aku sengaja nak ulang balik apa yang berlaku sepanjang bulan disember ini.

Bukan apa, tahun baru pun nak hampir. Kalau nak suruh aku cerita balik apa yang berlaku sepanjang tahun 2009 ini, seminggu pun belum tentu habis lagi cerita aku itu.

Okey, okey aku start sekarang.

1) Korang ingat lagi tak pasal apa yang berlaku dekat KB Mall itu. Dekat KB Mall itu, kalau tak silap aku, 2 orang mati. Yang ini, memang tak pasal² lah. Budak itu, memang tak ada lesen pun. SPM pun tak habis lagi time itu. Masalah nya sekarang, dia yang tak ada lesen, orang lain pulak yang mati. Tak pasal² pulak. Kemalangan sekarang ini, jangan ingat boleh berlaku dekat jalan raya saja. Dalam shopping complex pun boleh berlaku. Macam dalam kes ini. Sila berhati-hati apabila keluar bershopping okey.

2) Kalau korang perasan, kejadian ini berlaku dekat Perlis. Yang pengantin 3 jam. Baca tajuk akhbar pun, dah pilu hati aku. Apatah lagi, nak baca isi-nya. Pasangan ini baru bernikah pada pukul 10 pagi, then pukul 1 tgh hari, si suami accident. Satu kereta mati. Memang sedih. Nikah hari Jumaat. Then, besok Sabtu dan Ahad nak bersanding. Majlis bersanding itu pulak bertukar menjadi majlis tahlil. Majlis tak dapat nak cancel, sebab persiapan semua dah buat. Paling kesian pada si isteri. Ini ujian yang hebat untuk dia daripada Allah s.w.t. Berat ujian ini, bukan semua orang dapat pikul.

3) Mangsa ragut. Kalau setakat nak ragut saja, tak ada hal. Ini, dia bunuh sekali orang itu. Dah lah satu dosa, kau ragut orang, then kau tambah lagi dosa kau dengan membunuh. Kejam sungguh. Tak pasal² aku dah anti dengan orang yang naik motor. Semua ini sebab kes ragut lah. Aku rasa, bukan aku saja yang anti orang yang naik motor ini, mungkin kat luar sana, ramai lagi. Cuma korang saja yang tak tahu kan.

Masalahnya sekarang, kau ragut orang yang lemah. Orang yang sarat mengandung, makcik tua, nenek yang tak larat. Kalau kena kat mak kau, macam mana. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah, kan?.

4) Kes ini baru lagi. Ingat lagi pasal kes bas Sani Ekspress. Ya, yang mengorbankan 10 orang. Aku ulang balik, 10 orang. Jangan anggap ini kes remeh. Disebabkan terlelap 10 saat, 10 nyawa sudah melayang.

Ini bukan kes tayar meletup ke, melebihi had laju ke, nak mengelak kenderaan dari arah bertentangan ke. Bukan. Bukan. Ini silap pemandu itu sendiri. Pemandu itu terlelap. Memang tragis kejadian ini. Sampai badan pun terbelah dua. Kepala terputus. Dan macam² lagi. Aku tak nak tulis dekat sini, sebab nanti korang tak lalu nak makan pulak. Korang pun boleh bayang sendiri lah macam mana rupanya kalau besi penghadang jalan itu menusuk orang yang berada di dalam bas terbabit. Boleh bayang?

Yang lagi tragis ialah kebanyakan yang maut itu ada pertalian darah. Itu bermaksud, mungkin adik-beradik, suami isteri, ibu bapa, mak dan anak, anak dan bapak. Bagi keluarga yang kehilangan anak sekali gus, memang sukar nak menerima ujian ini. Dan sama juga bagi anak yang kehilangan ibu bapa sekali gus. Memang sukar nak terima. Tapi, inilah ujian namanya.

Masalah sekarang, nak salah kan siapa? Aku rasa, masalah kemalangan bas ekspress ini, daripada dulu lagi tidak ada kesudahan. Dulu pun ada kejadian macam ini. Lepas itu senyap. Sekarang ada balik. Agaknya, bila ada anak orang² besar yang terlibat, baru nak ambil tindakan serius,kan?

Banyak lagi kalau nak diikutkan tragedi ini. Tapi, kes ini saja yang menarik perhatian aku. Ini semua untuk tatapan korang saja. Aku tak bermaksud nak tindas sesiapa pun.



p/s: Ini pendapat aku saja. Kalau korang ada pendapat sendiri, korang boleh selitkan sekali. Dan sesiapa yang nak bagi ulasan, sila komen. Tak payah nak malu².

Wednesday, December 16, 2009

Usrah - #1

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas.

Bila bas itu datang, kau tengok bas itu dan kau kata pada diri kau,"Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, kau katakan pada diri kau, “Aku akan tunggu bas yang lain.”

Kau pun biarkan bas tu berlalu dan kau tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Kau tengok bas itu dan kau akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kau pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kau bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini kau kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi kau biarkan bas itu berlalu dan kau bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kau perasan yang kau sudah terlambat rupanya. Kau mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kau sedar bahawa… kau dah naik bas yang salah.

Jadi, selama ini kau dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang kau hendak. Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah kau dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk kau?

Jadi, mengingini apa yang kau idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau kamu sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kau dapati “bas” itu tidak sesuai dengan kau, apa yang perlu kau lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… aku pasti kau semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Kau nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang kau nanti- nantikan), kau tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat² tak faham dan pura² buat tak nampak kau dan terus berlalu tinggalkan kau!

Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam itu, apa yang akan aku lakukan ialah TERUS BERJALAN!

Tak mati pun kalau tak bercinta.

Jangan anggap ia perkara wajib.

Yang haram tetap haram.

Thursday, November 26, 2009

Untuk santapan minda dan rohani




Video ini didedikasikan khas buat perokok² tegar dekat Malaysia ini tapi lagi special buat member² kami.

Hayatilah video ini dengan mendalam. Confirm lepas ni, nak hisap pun, kena cari tempat yang sesuai.

Selamat menonton!